Thursday 15 December 2011

RESIS

APA ITU RESIS?
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

CONTOH :

Logo yang menggunakan teknik Resis


Karya murid yang mengggunakan taknik Resis - Tahun 3



Penggunaan teknik Resis boleh membuat kertas balutan hadiah


~satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.

~Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

~didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah
disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

~aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu
ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

~Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli
sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.

~teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau
lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.

~Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan
dalam keadaan warna asal

~Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna
dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Penggunaan teknik Resis



Penggunaan teknik Resis



Melukis corak-corak batik dengan menggunakan teknik Resis

No comments:

Post a Comment